Monday, January 18, 2016
KENAPA EMAS??? PENTING KE???
1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama.
Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.
Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. icon smile Pelaburan emas, apakah yang terbaik? . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.
Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.
Monday, April 7, 2014
REZEKI YANG DIBERKATI
Inginkan Harta Yang Diberkati?
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
REZEKI MELIMPAH RUAH
Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya. Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.
Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.
Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.
Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.
Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)
Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)
Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)
Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”
Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.
Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)
Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”
Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Monday, August 12, 2013
Makna Taqwa Sebenar
Hari ni semasa saya pergi sembahyang Jumaat, Kutbah Jumaat menceritakan tentang taqwa, jadi saya ingin berkongsi dengan pembaca semua, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa... Bulan Ramadhan makin menghampiri tak lama lagi, jadi samalah kita mendidik diri kita di dalam bulan Ramadhan ini semoga ia berkekalan sampai bila-bila... Insya'Allah.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita mendidik diri kita melaksanakan ibadah puasa dengan sungguh-sungguh dengan matlamat akhir kita dihujungnya mendapatkan takwa disisi Allah SWT. Justru itu perlunya kita memahami apakah yang dikatakan takwa itu. Dari kata-kata Umar bin Abdul Aziz...
"Bukanlah takwa itu melakukan solat malam, puasa di waktu siang, dan menggabungkan kedua-duanya, tetapi takwa itu ialah melaksanakan apa yang difardhukan oleh Allah dan meninggalkan apa yang diharamkanNya. Jika disertai amal, maka hal itu adalah kebaikan kepada kebaikan."
Suatu hari Saiyidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai b. Kaab akan takwa, "Apakah yang di maksudkan tentang takwa ,ya Ubai." Kata Ubai," Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?" Jawab Umar, "Ya , saya pernah." Kata Ubai, " Apakah yang engkau buat?" Kata Umar, "Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah." Kata Ubai, " Itulah takwa".
Jadi takwa itu adalah satu bentuk pengawasan diri terhadap perkara-perkara yang diperintahkan dan di larang oleh Allah SWT. Untuk sampai ke peringkat ini, seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar ajaran islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Tanpa melalui jalan ini hakikat takwa tidak mampu dicapai kerana kejahilannya tentang islam akan menyebabkan ia tergelincir kedalam perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Dia tidak mengambil nilai Allah dalam kehidupannya. Jadi untuk itu imanpada Allah mesti ditanam dalam jiwa insan terlebih dulu, justru itu ia akan dapat melaksanakantuntutan Allah dalam dirinya dengan mudah, insyaAllah.
Takwa juga adalah neraca yang dapat membezakan antara baik dan buruk, hak dan batil.Orang-orang yang bertakwa kepada Allah akan dimurahkan rezeki, dibuka atau diberi jalan keluar akan segala kesusahan oleh Allah dan menyebabkan pintu syurga Allah terbuka luas untuknya.
Apabila sesaorang insan itu takutkan Allah, ia akan melahirkan takwa padaNya. Ketakutan kitapadaNya menyebabkan kita mematuhi dan mendampingi Allah SWT dalam semua urusan.Orang yang paling takut pada Allah adalah orang yang mengenali Allah. Dan Rasulullah adalah orang yang paling mengenali dan paling takut pada Allah.
Apabila sesaorang itu takutkan Allah, maksiat dihindari, hatinya berjaga-jaga selalu,takuttergelincir dari landasan yang telah di tetapkan Allah dan Allah mencampakkan dalam jiwa orang yang bertakwa ini rasa berani dan izzah (mulia) dengan iman dan islam yang di anuti. Dia menyakini islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari islam. Itulah hakikat jiwa yangbertakwa yang rasa mulia dan tinggi kerana membawa risalah Allah dalam kehidupan. Dia tidak segan silu dalam memperkatakan kebenaran. Dan Allah juga mencampakkan rasatakut musuh-musuh Allah kepadanya.
Sabda Rasulullah , " Sesiapa yang takut pada Allah, maka semua yang lain akan takut padanya. Tapi sesiapa yang takut pada selain Allah, maka dia akan takut kepada selain Allah."
Takutnya seseorang pada Allah akan menyebabkan dia dapat mengawal nafsu syahwatnya dan meninggalkan maksiat keranaNya. Akhlaknya dapat di perbaiki, sifat-sifat mazmumah dalam diri dapat di hilangkan seperti ujub, riya, takabbur.......dan lahirlah dalam dirinya rasakhusyu dan tawadhu'.........Hatinya jadi bersih dan suci, jiwanya luhur, dan matanya mudah mengalirkan airmata, dan tangannya jadi pemurah....!!
Rasulullah saw pernah memohon dalam doanya tentang mata yang mudah menangis kerana Allah.
" Ya Allah kurniakanlah kepadaku kedua mata yang mudah mengeluarkan airmata, yangmana lelehan airmata itu adalah kerana takut padaMu sebelum lelehan darah."
Ini adalah kerana diharamkan neraka menjamah mata orang yang selalu menangis kerana Allah!
Orang yang takut pada Allah sentiasa sedar,bahawa Allah sentiasa memerhatikannya,tiada tempat yang terselindung dari pengawasan dan penglihatan Allah!! Dia tidak rasa selamat dan aman dari azab dan tindakan Allah pada dirinya jika dia melakukan maksiat padaNya........tapi bila jiwa tiada iman pada Allah, maka tiada takut padaNya......ketika itu syaitanlah sahabat karibnya .....maka tergelincirlah diri ke kancah maksiat!
Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf (36) yang bermaksud...............
" Barangsiapa yang tidak ingat pada Ar-Rahman (Allah), maka Kami akan adakan baginya syaitan, maka syaitan itu sebagai teman karibnya."
Jadi kita sebenarnya di tuntut untuk memelihara takwa ini dalam diri kita kerana takwa inidapat menjaga kita... Wasiat Rasulullah kepada Abu Dzar Al Ghifari yang meminta nasihat Rasulullah...
" Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah , sesungguhnya dia(takwa) adalah segala-galanya."
Kemudian Abu Dzar meminta sedikit lagi nasihat dari baginda....
Jawab Rasulullah saw, " Hendaklah kamu membaca Al Quran. Sesungguhnya ia (membaca Al Quran) itu adalah cahaya di dunia dan simpanan di akhirat."
Sahabat- sahabat Rasulullah saw sangat-sangat mengambil berat tentang membaca Al Quran terutama di bulan Ramadhan, rumah mereka kedengaran seperti bunyi lebah kerana membaca Al-Quran. Tentang membaca Al-Quran, Ibnu Taimiyah ada menegaskan......
"Sesiapa yang tidak membaca Al-Quran, bermakna dia meninggalkan Al-Quran, Sesiapayang membaca tanpa tadabbur, bermakna dia hijrah meninggalkan Al-Quran. Dan sesiapa tadabbur tanpa mengamalkan Al-Quran, bermakna di juga hijrah meninggalkan Al-Quran."
Jadi ilmu, iman dan amal dalam islam perlu berjalan serentak dalam kehidupan kita......dengan ini kita dapat melaksanakan tuntutan Allah dalam diri kita sebagai hamba Allah...Kita dijadikan oleh Allah bukanlah sia-sia dan untuk main-main belaka tapi hanya untuk ubudiahpadaNya.....dengan itu kita akan mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat......Matlamatakhir kita bukan dunia yang fana ini....jadi kita kenalah bermujahadah untuk akhirat yang kekal abadi....
Kesusahan yang sedikit yang kita alami didunia ini tidak dapat dibandingkan dengan kesusahan besar di akhirat nanti!
Friday, September 24, 2010
Khutbah Rasulallah SAW Tentang Al Masih Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Hikmat Sebuah Kematian
KEHIDUPAN berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyedari bahawa hari-hari yang anda lalui justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?
Seperti yang tercantum dalam ayat “tiap-tia yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup dimuka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini :

Katakanlah : “ Sesunguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(QS. 62:8)
(QS. 62:8)
Kebanyakan orang menghidari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berfikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan berkerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persolan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tantang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia. Seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!
Ketika kamatian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari” indah” didunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.
Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan dibawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan ada sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, spatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di kantor akan dibuang atau diarsipkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja, generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.
Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteri-bakteri dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diagfragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.
Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga dimeja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.
Singkatnya, “onggokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi sebahagian dari tanah.
Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?
Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian diatas. Ttapi hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting.
Akhir krhidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyandarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus paham akan kematian tubuhnya- yang ia coba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini-. Tubuh yang diangapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.
Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari petemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengigatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.
Bahkan mungkin saja, orang yang meningal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di kantornya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terpikirkan oleh mereka bahawa koran esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk meninggal setelah anda selesai membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin merasa bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Nammun demikian, hal ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tdaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.”(QS. 33:16)
Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan murah. Tubuh datang kedunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan seorang cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seorang ketika mati hanyalah amalan saja.

Subscribe to:
Comments (Atom)